Kafe viral di Kelantan ini bukan sahaja estetik, hidangan makanan fusion juga unik
To The Moon merupakan sebuah kafe moden dan estetik di Kota Bharu, Kelantan. Ia menyajikan makanan fusion, termasuk makanan Jepun dan Barat.
Nota: Temu bual ini diadakan dalam Bahasa Inggeris, jadi sebarang petikan langsung telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu.
Dalam perjalanan ke Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal tahun ini, sebuah kafe yang kelihatan menarik di tepi jalan menarik perhatian saya.
Dinamakan To The Moon, ia kelihatan seperti tempat yang anda akan temui di Pulau Pinang atau KL. Walaupun budaya kafe di Kelantan telah berkembang sejak beberapa tahun, masih jarang untuk menemui lokasi “estetik” atau “Instagrammable” di kawasan ini.
Waktu itu saya tidak dapat mengunjungi kafe tersebut kerana kesuntukan masa. Tetapi selepas pulang ke KL, saya berjaya berhubung dengan pengasasnya, CK, untuk mengetahui lebih lanjut tentang kafe unik ini.
Kredit Gambar: To The MoonSeorang raduan dari Taylor’s University dengan ijazah dalam pentadbiran perniagaan, CK sebelum ini menguruskan sebuah francais teh susu mutiara. Tetapi perniagaan itu terpaksa gulung tikar kerana kekurangan permintaan dan sewa kedai yang tinggi di Kelantan.
Berkongsi dengan kami, CK jelaskan yang sebenarnya perniagaan teh susu mutiara sangat laku untuk empat bulan pertama. Namun, MCO yang berpanjangan hingga hampir dua tahun mengakibatkan penutupannya.
Akan tetapi, wabak ini juga yang melahirkan idea keusahaan yang baru.
Kredit Gambar: To The MoonBerfikiran lanjut, CK menganggarkan yang ramai orang pasti ingin keluar untuk berkumpul dan rata-rata dengan rakan dan keluarga selepas MCO ditamatkan. Oleh itu, dia yakin yang waktu itu sesuai untuk memasuki pasaran.
“Entah bagaimana, jauh di lubuk hati saya, saya selalu terfikir kenapa tidak ada restoran atau kafe moden di bangunan warisan kami seperti di Pulau Pinang, Ipoh atau KL,” katanya. “Rakyat Kelantan layak mendapatnya.”
Bagi mereka yang meminati crypto, anda mungkin memahami rujukan yang dibuat oleh nama kafe tersebut. Pada asasnya, To The Moon ialah pepatah popular dalam komuniti crypto dan merujuk kepada crypto yang menyaksikan kenaikkan trend pasaran.
Memandangkan pepatah itu bergaya, menarik, mudah disebut dan agak romantis, CK membuat pilihannya dan menubuhkan To The Moon pada tahun 2021.
Menggabungkan masakan Timur dan Barat
Di kafe To The Moon, masakan yang ditawarkan adalah gabungan pelbagai citarasa, seperti hidangan Jepun, Barat, Thai, dan juga Melayu tempatan. CK berkongsi bahawa mereka memutuskan untuk hidangan fusion kerana dia berpendapat yang fokus kepada makanan Barat sahaja agak membosankan.
Kredit Gambar: To The MoonWalau bagaimanapun, CK juga tidak percaya bahawa peniaga patut menyertai trend semata-mata tanpa sebab. Sebaliknya, pemuda itu dengan pasukannya lebih mengambil berat kepada pilihan pelanggan. Mereka akan menilaikan hidangan menu berdasarkan sama ada permintaan untuknya akan bertahan lama.
Contohnya, panna cotta yang ditawarkan di kafe ini bukan sahaja comel tetapi juga lazat. Jadi rasa makanannya adalah sama penting dengan penampilannya.
Pada masa ini, kru To the Moon terdiri daripada sembilan orang. Semua tukang masak adalah orang tempatan yang berasal dari KB, di mana ramai dari kalangannya mempunyai pengalaman bekerja di hotel dan restoran terkenal di KL.
Kredit Gambar: To The MoonRekaan dalaman yang unik dan lucu
Sesuatu yang ketara tentang kafe ini adalah reka bentuk dalaman yang unik. Ia menggabungkan unsur-unsur tradisional nostalgia dengan suasana industri dan moden. Terdapat banyak cermin di sekeliling juga untuk pelanggan menangkapkan OOTD yang sempurna itu.
Dan anda tidak akan mahu terlepas jenaka yang tersembunyi. Terdapat tong sampah berlabel “Ex Aku” di sebelah tangga yang bertulis “Jatuh Cinta, Bukan Tangga”.
CK dengan bangganya berkongsi bahawa ruang kafe ini rekaannya sendiri bersama kontraktor, ia bukan hasil pereka dalaman.
Kredit Gambar: To The Moon“Sejujurnya, saya menganggap diri sebagai saya seorang yang kreatif,” katanya. “Selain itu, saya mempunyai banyak masa semasa PKP untuk memikirkan reka bentuk. Saya akan duduk di kedai selama satu atau dua jam hanya untuk membayangkan rupanya.”
Rekaan yang mengandungi unsur-unsur lawak itu kerana CK berpendapat, “Hidup ini terlalu singkat, kenapa tidak ketawa sahaja? Saya sentiasa mahu melihat orang ketawa, jadi saya sentiasa memikirkan idea lucu dan dimasukkan ke kafe dan media sosial kami.”
Selaras dengan pemikiran ini, To The Moon mempunyai beberapa video tular, di mana satu video darinya mendapat lebih 2 juta tontonan di Instagram. CK berkata bahawa strategi pemasaran ini sangat penting dalam meningkatkan perniagaan mereka.
Landskap kafe yang semakin berkembang
Walaupun budaya kafe di Kota Bharu semakin berkembang sejak beberapa tahun lalu, CK percaya konsep To The Moon adalah baharu di negeri ini.
Kredit Gambar: To The Moon“Pertama, ia adalah dalam bangunan warisan—seperti yang dinyatakan, saya mahukan sesuatu yang menggabungkan moden dan tradisional,” katanya. “Sudah ada kafe bernama Kedai Kopi Lama yang terletak di baris yang sama, dan perniagaan mereka cukup baik.”
Selain itu, lokasinya terletak di tepi jalan utama, jadi ia senang dilihat oleh pelalu-lalang sama ada mereka sedang berjalan kaki atau menaiki kenderaan. Ia juga berdekatan dengan lampu isyarat.
Jika anda masih ingat lagi, begitulah cara saya mula-mula menemui kafe ini.
Mengenai masa hadapan, CK menjangka yang persaingan dalam pasaran kafe akan menjadi lebih kompetitif. Untuk mengekalkan kedudukan mereka, dia percaya yang strategi terbaik adalah untuk terus menambah baikkan makanan, perkhidmatan pelanggan dan kreativiti kafenya.
Kredit Gambar: To The Moon“Hanya [perniagaan] yang kreatif akan hidup apabila pasaran menjadi lebih berdaya saing,” dia berkata.
Melalui kreativiti inilah CK percaya To The Moon kini boleh dianggap “terkenal” di negeri ini. Tetapi kini, langkah seterusnya ialah menarik penonton dari negeri lain.
Buat masa sekarang, pandangan CK tertumpu pada jangka masa yang lebih dekat. Pengasasnya mendedahkan bahawa pasukan itu sedang mengubah suai tingkat dua kafe mereka untuk menukarkan ruang itu menjadi kedai roti yang menyajikan pastri dan kek.
Ini akan menjadi langkah pertama dalam cita-cita CK untuk mengembangkan To The Moon, bukan sahaja di negeri lain malah negara lain juga. Dengan demikian, ia memenuhi impiannya untuk menghidangkan makanan fusion Malaysia ke seluruh dunia.
Ketahui lebih lanjut tentang To The Moon di sini. Baca artikel lain yang telah kami tulis tentang perniagaan F&B di sini.Kredit Gambar Feature: To The Moon