Inilah rahsia kejayaan restoran daun pisang Kanna Curry House yang kini berusia 48 tahun
Kanna Curry House ialah restoran nasi daun pisang popular di PJ, Malaysia. Terdapat tujuh cawangannya di Lembah Klang.
Nota: Temu bual ini diadakan dalam Bahasa Inggeris, jadi sebarang petikan langsung telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu.
Sejak kecil lagi, keluarga saya agak jarang mengunjungi ke restoran India kerana ia tidak sesuai dengan selera ibu saya. Tetapi pada waktu-waktu yang seleranya terbuka, hanya ada satu kedai makan yang keluarga saya akan melawat—Kanna Curry House.
Ditubuhkan pada tahun 1976, Kanna Curry House merupakan nama terkenal yang menawarkan nasi daun pisang. Saya sentiasa mendapati ramai orang berpusu-pusu kedainya di Seksyen 17, PJ, dan saya pasti enam cawangannya yang lain turut menikmati populariti yang baik.
Jujurnya, nasi daun pisang bukanlah tawaran unik yang eksklusif kepada Kanna Curry House. Terdapat banyak restoran lain di Malaysia yang juga mempunyainya dalam menu.
Kredit Gambar: Kanna Curry HouseAkan tetapi, Yoga Kannan, salah seorang pengarahnya dan cucu pengasas, percaya bahawa resipi turun-temurun mereka adalah perkara yang membezakan mereka. “Resepi yang digunakan adalah sama sejak permulaan restoran kami lagi,” katanya. “Kami telah mengekalkan kualiti yang sama.”
Seorang chef dari Chettinad di India, Yoga menjelaskan bahawa datuknya, Usilappan Servai, telah menurunkan resepi dia kepada chef yang memasak di cawangan mereka yang lain. Oleh itu, makanan di semua ketujuh cawangannya anda boleh menemui menu dan rasa yang sama yang ditawarkan di semua tujuh cawangannya di seluruh Malaysia.
Walau bagaimanapun, bukan idea Usilappan untuk Kanna Curry House mengembangkan cara yang ada pada hari ini.
Kredit Gambar: Jojo LaiSebuah perniagaan berasaskan keluarga
Bercakap terus terang, Yoga menjelaskan yang niat atuknya membuka restoran Kanna Curry House dulu tidaklah semegah mana. “Matlamatnya hanya pastikan keluarga kami sentiasa kenyang dengan makanan,” kongsinya.
“Atuk saya datang dari keluarga yang susah, [jadi] satu-satunya perkara yang dia fikirkan bukanlah untuk menjadikan restoran ini besar, tetapi untuk mengekalkan rentak kehidupannya sendiri.”
Oleh itu, rancangan untuk mengembangkan Kanna Curry House hanya berlaku pada tahun 2001 apabila bapa Yoga, Kannan Usilappan, mengambil alih perniagaan keluarga. Daripada dua cawangan, restoran itu perlahan-lahan berkembang menjadi tujuh cawangan hari yang anda lihat sekarang.
Kanna Curry House bermula sebagai gerai kecil di PJ Old Town.
Kanna Curry House membuka cawangan pertamanya di Seksyen 17, PJ.
Generasi kedua mengembangkan Kanna Curry House dengan cawangan kedua di Jalan Gasing, PJ.
Kanna Curry House menubuhkan lokasi ketiga di Puchong Jaya.
Kanna Curry House terus berkembang dengan cawangan baharu di Bandar Menjalara, Kepong.
Satu lagi cawangan Kanna Curry House dibuka di Klang.
Kanna Curry House menubuhkan satu lagi cawangan di Seksyen 4, PJ.
Cawangan Kanna Curry House yang terbaru ditubuhkan di Taman Mayang, PJ.
Sekitar tahun 2012, Yoga mengambil alih perniagaan dan merupakan salah seorang pengarah utama restoran tersebut. Beliau kini menyelia operasi harian cawangan Kepong, KL yang baru diubah suai. Katanya cawangan ini mempunyai lebih banyak pilihan makanan dan pelbagai jenis hidangan untuk vegetarian dan kanak-kanak.
Tetapi Yoga bukan satu-satunya generasi ketiga dalam perusahaan keluarga. Dia berkongsi bahawa tiga lagi adik-beradiknya juga sebahagian daripada pasukan Kanna Curry House, tetapi mereka lebih berkenan bekerja di belakang tirai.
Bersama-sama, empat adik-beradik ini telah mengembangkan keusahaan keluarga tersebut. Bukan dalam bilangan cawangan tapi dengan mengemaskini operasi dan tawaran yang disediakan.
Yoga membantu keluarganya di salah satu kedai Kanna Curry House waktu kecil / Kredit Gambar: Kanna Curry HouseMemberi tumpuan kepada perkembangan dalaman
Yoga menjelaskan bahawa generasi ketiga yang kini mengusahakan Kanna Curry House sedang mencari strategi baru untuk mengembangkan operasi dalamannya.
Contohnya, mereka menggunakan teknologi yang lebih moden untuk mempercepatkan proses penyediaan makanan. Yoga berkongsi bahawa pada zaman kanak-kanaknya, semua sayur-sayuran dipotong dengan tangan. Tetapi mereka telah beralih daripada sistem tradisional itu kepada penggunaan jentera.
Selain itu, Yoga baru-baru ini juga memperkenalkan perkhidmatan katering. Sebelum tawaran ini dikenalkan, Yoga memberitahu kami yang ramai pelanggannya meminta perkhidmatan tersebut. Ini kerana agak susah untuk memesan kuantiti penghantaran yang banyak.
Kredit Gambar: Kanna Curry HouseMelalui perkhidmatan katering ini, mereka mendapat peluang untuk bekerjasama dengan pelanggan B2B seperti Shangri-La Hotels and Resorts.
Di samping itu, Kanna Curry House juga baru-baru ini membuka dewan majlis terletak di tingkat dua restorannya. Ini hanya terhad kepada cawangan terpilih. Dengan ini, pelanggan dapat mengadakan acara seperti majlis perkahwinan, majlis hari jadi atau acara korporat.
Publisiti buruk hanya satu mitos?
Semasa bercakap dengan Yoga, saya mendapat tahu bahawa, seperti banyak jenama besar, Kanna Curry House juga pernah berselirat dalam beberapa kontroversi. Salah satu daripadanya ialah waktu mereka bertukar kepada penggunaan daun pisang sintetik.
Sekitar tahun 2012, restoran tersebut menghadapi masalah dengan bekalan daun pisang. Yoga berkongsi bahawa bilangan yang mereka gunakan setiap hari adalah agak tinggi, jadi bekalan daun pisang lama-kelamaan tidak mencukupi.
Untuk menyelesaikan masalah ini, mereka memutuskan untuk mencari alternatif. Dari situlah mereka menemui daun pisang sintetik dan terbiodegradasi yang dibuat di India.
Image Credit: Kanna Curry HouseKetika peristiwa ini berlaku, terdapat ramai orang yang mempunyai perasaan bercelaru mengenainya. The Wall Street Journal malah melaporkan bahawa kes ini menyebabkan perdebatan di kalangan pengusaha restoran tentang kepentingan budaya daun pisang.
“Tetapi publisiti negatif juga dianggap publisiti [baik],” Yoga menyatakan. Tanpa disedari ketika itu, Jabatan Standard Malaysia (JSM) memutuskan untuk memeriksa daun pisang sintetik ini.
Menurut Yoga, JSM kemudiannya melaporkan kepada akhbar The Star bahawa daun sintetik yang Kanna Curry House menggunakan boleh terbiodegradasi.
Jadi, peristiwa yang mula-mulanya membawa publisiti negatif ini bertukar membawa kebaikan kepada restoran mereka kerana menjadi Dan disebabkan peristiwa ini, restoran mereka menjadi buah mulut orang ramai.
Tiada rancangan untuk berhenti dalam masa terdekat
Kredit Gambar: Kanna Curry HouseWalaupun popular, Kanna Curry House tiada rancangan untuk memfrancaiskan perniagaannya atau menjualkan haknya kepada sesiapa.
Oleh itu, restoran ini akan kekal sebagai perusahaan keluarga Yoga. Ini membenarkan mereka untuk mengawal kualiti dan standard makanannya.
Jika pernah mengunjungi restoran mereka, anda mungkin perasan bahawa masakan goreng akan dimasak mengikut pesanan. Ini kerana ia tidak mempunyai dapur berpusat.
Sebaliknya, keluarga Yoga memilih untuk melatih setiap cawangan untuk memasak agar kesegaran makanan dapat dipastikan. “Kami tidak menyokong dapur berpusat kerana kami tahu ada kemungkinan kualiti berubah,” Yoga jelaskan.
Dengan bahan-bahan yang diperolehi segar dari pasaran setiap hari, semua masakan gorengnya dimasak mengikut pesanan/ Kredit Gambar: Khairur AzhanSesetengah orang mungkin tidak bersetuju dengan pertanyaannya, tetapi ia sebenarnya bergantung kepada pilihan pengusahawan masing-masing. Dalam pendapat Yoga, cara ini lebih berkesan untuk operasi mereka.
Dan nampaknya kepercayaan ini tidak akan berubah dalam masa terdekat.
Mengenai masa depan, beliau tidak berkongsi banyak. Tapi satu perkara yang pasti adalah di bawah kepimpinan Yoga dan adik-beradiknya, Kanna Curry House akan kekal maju.
Ketahui lebih lanjut tentang Kanna Curry House di sini. Baca artikel lain tentang startup Malaysia di sini.Kredit Gambar Feature: Kanna Curry House